Isu Baitulmaqdis. Ini Arahan TERGEMPAR Presiden PBB Pada 193 Negara Buat AS GELISAH

| December 20, 2017 | 1 Comment

Isu Baitulmaqdis. Ini Arahan TERGEMPAR Presiden PBB Pada 193 Negara Buat AS GELISAH | BICARA ISLAM – NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi tergempar Khamis ini untuk mendapatkan undian bagi merangka resolusi menolak pengiktirafan dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

TURKI DAN YAMAN MOHON SESI TERGEMPAR

Sesi tergempar membabitkan 193 negara anggota itu diminta oleh Turki dan Yaman sebagai mewakili negara Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sesi tergempar berkenaan dimaklumkan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Miroslav Lajcak kepada semua 193 delegasi menerusi surat yang dihantar lewat Isnin.

AS pada Isnin menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi berkenaan yang menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan Baitulmaqdis tidak memiliki sebarang kesan perundangan dan perlu dibatalkan.

TANPA RASA GENTAR PADA KUASA VETO

Mesir sebelum ini telah menyerahkan draf resolusi yang mendapat sokongan 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) manakala duta Palestin, Riyad Mansour berkata, draf resolusi hampir sama akan diserahkan pada perhimpunan berkenaan dan berharap ia menerima sokongan luar jangkaan.

“Perhimpunan Agung ini tanpa rasa gentar kepada kuasa veto akan menyuarakan pendirian komuniti antarabangsa bahawa mereka menolak pendirian AS dalam isu ini,” katanya.

Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, berlainan dengan UNSC yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, dan perlu dikekal seperti sebelum itu.

Mesir mengedarkan teks draf itu semalam, dan diplomat berkata, majlis akan mengundi berhubung langkah dicadangkan seawal esok.

Presiden Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu yang mencetuskan bantahan dan kritikan keras.

Resolusi itu menekankan Baitulmaqdis ialah isu yang perlu diselesaikan menerusi rundingan dan meluahkan kekesalan mendalam terhadap keputusan mengenai Baitulmaqdis, tanpa menyebut tindakan Trump.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang mengubah sifat, status atau kedudukan demografi Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, tidak sah dan terbatal dan perlu dibatalkan,” menurut draf.

Diplomat berkata, mereka menjangka AS akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang langkah itu, manakala kebanyakan 14 negara anggota majlis berkenaan dijangka menyokong resolusi itu.

Draf itu menggesa semua negara tidak membuka kedutaan di Baitulmaqdis, membayangkan kebimbangan kerajaan lain akan mengikut jejak AS.

Ia menuntut semua negara anggota tidak mengiktiraf sebarang tindakan yang bertentangan dengan resolusi PBB mengenai status bandar raya berkenaan.- AFP

Sumber : BICARA ISLAM Via Berita Harian

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *