Isu Baitulmaqdis. Menentang Kuasa Veto, Ini AMARAN AS Pada 193 Negara PBB Buat Ramai MARAH

| December 20, 2017 | 0 Comments

Isu Baitulmaqdis. Menentang Kuasa Veto, Ini AMARAN AS Pada 193 Negara PBB Buat Ramai MARAH | BICARA ISLAM – Duta Amerika Syarikat (AS), Nikki Haley memberi amaran kepada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lain, akan melaporkan nama yang menyokong draf resolusi menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kepada Presiden Donald Trump.

GERTAK SUSULAN ADA SESI TERGEMPAR PBB

Perhimpunan Agung PBB akan mengadakan sesi tergempar Khamis ini untuk mendapatkan undian selepas Presiden AS menggunakan kuasa veto beliau pada persidangan Majlis Keselamatan itu.

“Presiden akan memantau undian ini dengan teliti dan meminta saya melaporkan negara yang mengundi menentang kami. Kami akan mengambil perhatian terhadap setiap undian mengenai isu ini,” katanya di dalam surat kepada beberapa duta PBB.

Sesi tergempar membabitkan 193 negara anggota itu diminta oleh Turki dan Yaman sebagai mewakili negara Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ini susulan keputusan untuk mengadakan sesi tergempar pada khamis ini dimana terdahulu Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi PBB bagi membatalkan keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

UNDIAN VETO RANCANGAN TRUMP

Duta AS ke PBB, Nikki Haley veto draf resolusi itu walaupun 14 lagi Ahli Majlis Keselamatan menyokong.

Undi veto itu menjadikan rancangan Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sekali gus menafikan hak Palestin, tidak mendapat sokongan dunia.Sesi tergempar membabitkan 193 negara anggota itu diminta oleh Turki dan Yaman sebagai mewakili negara Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sesi tergempar berkenaan dimaklumkan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Miroslav Lajcak kepada semua 193 delegasi menerusi surat yang dihantar lewat Isnin.

BACA JUGA : Isu Baitulmaqdis. Ini Arahan TERGEMPAR Presiden PBB Pada 193 Negara Buat AS GELISAH

AS pada Isnin menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi berkenaan yang menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan Baitulmaqdis tidak memiliki sebarang kesan perundangan dan perlu dibatalkan.

Mesir sebelum ini telah menyerahkan draf resolusi yang mendapat sokongan 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) manakala duta Palestin, Riyad Mansour berkata, draf resolusi hampir sama akan diserahkan pada perhimpunan berkenaan dan berharap ia menerima sokongan luar jangkaan.

“Perhimpunan Agung ini tanpa rasa gentar kepada kuasa veto akan menyuarakan pendirian komuniti antarabangsa bahawa mereka menolak pendirian AS dalam isu ini,” katanya.

Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, berlainan dengan UNSC yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.- AFP

Sumber : BICARA ISLAM Via Berita Harian

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *