Tawar Abu Dis Ibu Negara. Hamas DEDAH Mengapa AS Nak Masjid Al Aqsa Dibahagi 3 Mengejutkan Umat Islam

| December 27, 2017 | 0 Comments

Tawar Abu Dis Ibu Negara. Hamas DEDAH Mengapa AS Nak Masjid Al Aqsa Dibahagi 3 Mengejutkan Umat Islam | BICARA ISLAM – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mendedahkan rancangan Amerika Syarikat (AS) menawarkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), perkampungan Abu Dis, yang terletak di pinggir Baitulmaqdis, sebagai ibu negara Palestin.

 

HAMAS DEDAH RANCANGAN AS

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh juga mendedahkan rancangan AS untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada tiga bahagian dan mewujudkan entiti politik di Semenanjung Gaza yang diberi keistimewaan tertentu.

6 Disember lalu, Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sebelum itu, pada 3 Disember lalu, New York Times melaporkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menawarkan Abu Dis – sebuah perkampungan kecil di barat daya bandar lama Baitulmaqdis dan Lembah Jordan di timur – sebagai ibu negara Palestin.

Rakyat Palestin sebelum ini menuntut Baitulmaqdis Timur dijadikan ibu negara Palestin. Tuntutan itu disokong oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut mengisytiharkan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Dalam pertemuannya dengan pemimpin suku kaum Palestin di Semenanjung Gaza semalam, Haniyeh berkata, AS menawarkan sebuah jambatan yang disambungkan ke Masjid Al-Aqsa, untuk memberi kebebasan bersolat.

PECAH KEPADA TIGA BAHAGIAN

“Sesetengah pihak sedang berusaha untuk membahagikan Tebing Barat kepada tiga bahagian, sebagai tambahan untuk mewujudkan entiti politik di Semenanjung Gaza dengan kuasa sendiri untuk mengawalnya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Palestin, komuniti serantau dan antarabangsa supaya berhati-hati dengan ‘permainan’ AS dalam melaksanakan dasarnya di Timur Tengah yang belum diketengahkan.

Beliau juga berkata, keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel bakal mencetuskan risiko yang akan menjejaskan hubungan rapat Palestin dan Jordan.

Merujuk kepada laporan mengenai perbincangan menyediakan penempatan alternatif baharu kepada rakyat Palestin, Haniyeh menegaskan beliau memberitahu Raja Jordan, Raja Abdullah mengenai bahaya yang timbul akibat keputusan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan projek penempatan semula penduduk Palestin.

AMARAN KEPADA PIHAK SOKONG PERJANJIAN

Haniyeh memberi amaran kepada semua pihak yang terbabit dalam ‘perjanjian abad ini’, sama ada mereka rakyat Palestin, Arab, Islam dan antarabangsa, kata seorang penganalisis.

Malah, ada tanda-tanda yang menunjukkan Israel akan mengambil kesempatan terhadap perjanjian itu untuk melaksanakan pelbagai rancangan, termasuk menjadikan Baitulmaqdis hak Yahudi. – Agensi

Sumber : BICARA ISLAM Via IsmaWeb

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *