Lelaki Hampir Pengsan Dipenjara 13,275 Tahun. Puncanya Sangat MENGEJUTKAN

| December 30, 2017 | 0 Comments

Lelaki Hampir Pengsan Dipenjara 13,275 Tahun. Puncanya Sangat MENGEJUTKAN | BICARA ISLAM – BANGKOK: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui skim pelaburan palsu.

TEMPOH PENJARA SEBENAR

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berumur 34 tahun itu akan menjalani hukuman maksimum 20 tahun penjara mengikut tempoh penjara yang sebenar.

Menurut satu laporan dalam media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun ini berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram, menjadikan jumlah hukuman penjara yang dijatuhi ke atas lelaki itu kepada 13,275 tahun.

REKOD PENJARA PALING LAMA TERDAHULU

Walaupun tempoh hukuman penjara yang panjang dijatuhi ke atas lelaki itu oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih jauh daripada rekod pada 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak Berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso.

Thipyaso disabitkan dengan penipuan korporat.

Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan enam bulan.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Skim Pelaburan AntiPiramid Samart Jenchaijitwanich berkata, kira-kira 40,000 orang diperdaya untuk melabur dalam penipuan membabitkan kira-kira 5.3 bilion Baht (kira-kira RM670 juta).

Beliau meminta pihak berkuasa meminda undang-undang mengenai penipuan awam dengan menaikkan kadar denda.

Sumber : BERNAMA Via Berita Harian

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *