Akibat Live Di Facebook, Pengusaha Komestik Di Samun Dan Di Tembak

| January 28, 2018 | 0 Comments

Akibat Live Di Facebook, Pengusaha Komestik Di Samun Dan Di Tembak | BICARA ISLAM – Seorang pengusaha alat komestik iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.

Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga online di laman sosial

Menurut laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki. Kemungkinan mangsa juga dipukul bahagian kepala dengan mengunakan objek tumpul.

Dikatakan semua barang kemas dan duit telah di samun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata. Menurut page AJRP juga, berkemungkinan kejadian in berlaku diatas kekerapan mangsa yang membuat live di Facebook. Mangsa sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook dan selalu menuunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.

Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.

Kes Penyamun Dua beradik selamat dari hukuman gantung

Seorang lelaki yang didakwa meragut beg tangan suri rumah yang sedang menunggang motosikal pada 10 Januari lalu, dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Ahmad Bazli Bahruddin itu selepas tertuduh, Muhammad Faris Fikri Mohd Zulkifli, 25 mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyamun secara berkumpulan terhadap Maria Erianty Zakaria, 40, dengan meragut beg tangan milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM160, kad pengenalan, tiga kad bank, lesen memandu dan dua telefon bimbit di Kampung Seri Rebana, Machang pada jam 6.30 petang, 10 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Muhammad Faris yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menanggung dua anak yang masih kecil.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan tidak wajar selain memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.

Pada prosiding itu juga, adik tertuduh berusia 13 tahun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama sebelum mahkamah menetapkan 1 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Pemberita sebelum ini melaporkan seorang suri rumah diragut oleh dua beradik di Machang, meninggal dunia pada 18 Januari lalu selepas lapan hari koma dipercayai akibat pembuluh darah di kepala pecah.

Ketika kejadian, Maria Erianty yang dalam perjalanan pulang dari aktiviti senamrobik, parah di kepala dan patah tangan kiri akibat diragut dua beradik di Kampung Sri Rebana, Machang sebelum dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Kredit : Bicara Islam Via EBerita

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *