Nenek Disamun Semasa Di Kubur Suami. Namun, Apa Yg Anak Penyamun Itu Lakukan Buat Ramai TERHARU

| January 28, 2018 | 0 Comments

Nenek Disamun Semasa Di Kubur Suami. Namun, Apa Yg Anak Penyamun Itu Lakukan Buat Ramai TERHARU | BICARA ISLAM – Kehilangan seseorang yang kita kasihi sememangnya satu pengalaman yang meruntun hati. Tiada lagi peluang untuk melihat mereka di depan mata pastinya akan membuatkan sesiapa menangis.

Bagi mengubat kerinduan, hanya kubur sahaja tempat yang akan sentiasa dikunjungi. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh berkomunikasi dengan yang tersayang walaupun hakikatnya, mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

Setiap hari, seorang nenek berusia 78 tahun bernama Tona Herndon akan melawat kubur mendiang suaminya. Baginya, itu merupakan satu-satunya cara untuk melepaskan rindu terhadap si suami setelah 60 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Pada suatu hari, satu kejadian buruk telah menimpanya ketika dia berada di kawasan perkuburan berkenaan.

Sedang wanita warga emas ini berdiri di sisi kubur mendiang, seorang lelaki tidak dikenali telah menghampirinya dari belakang lalu menyamun beg tangannya. Penyamun tersebut berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM2,700 dan hal ini membuatkan Tona terkedu!

Selepas insiden tersebut, penyamun tersebut berjaya ditahan pihak polis setelah nama dan gambarnya disiarkan di seluruh media. Kejadian ini telah mendapat liputan meluas daripada stesen berita tempatan dan juga akhbar.

Penyebaran berita ini membuatkan seorang remaja lelaki, Christian Lunsford, 15 tahun yang mendengar mengenai berita berkenaan terkejut besar kerana perompak tersebut adalah bapa kandungnya, Shane.

Atas rasa bersalah, Christian kemudiannya menghubungi Tona dan meminta untuk mengadakan satu pertemuan. Dia menyatakan mahu memohon maaf atas tindakan bapanya terhadap wanita tua itu.

Rupa-rupanya, Shane pernah beberapa kali berhadapan dengan masalah perundangan sebelum ini.

“Ia tetap perlu dilakukan. Dia (Tona) memerlukan permohonan maaf daripada seseorang. Jika bukan saya yang meminta maaf, siapa lagi?”.

Tona bersetuju dengan permintaan Christian dan mereka bertemu di sebuah kawasan parkir di gereja. Pada waktu itu, kelihatan Christian telah membuat permohonan maaf kepada Tona atas perbuatan bapanya menyamun Tona.

Selain itu, Christian turut menyerahkan wang tunai sebanyak RM974 kepada Tona. Menurut Christian, wang berkenaan telah diberikan oleh Shane untuk membayar yuran lawatan sekolah. Namun, daripada membelanjakan wang hasil kegiatan jenayah bapanya, Christian lebih rela memberikannya semula kepada Tona.

“Detik itu adalah detik yang sangat berharga. Mana-mana remaja berusia 15 tahun yang mempunyai hati nurani seperti ini adalah remaja yang luar biasa,” kata Tona.

Bersyukur dengan kebaikan hati Christian, Tona kemudian memutuskan untuk membalas budi baik remaja tersebut. Dia menyerahkan semula wang berkenaan kepada Christian dan berkata bahawa wang tersebut kini menjadi miliknya, jadi dia berhak untuk melakukan apa sahaja dengan wang tersebut.

Berikutan itu, Tona memberikan wang itu semula kepada Christian dan meminta anak muda itu untuk menggunakan wang berkenaan bagi menyertai lawatan sekolahnya.

Peristiwa yang sangat indah ini berjaya membuktikan bagaimana kejadian yang baik boleh muncul daripada situasi yang buruk. Kebaikan hati dan sikap empati kedua-duanya boleh dijadikan satu contoh tentang bagaimana kemaafan boleh menjadikan dunia ini lebih baik.

Tonton Video Dibawah :

 

Sumber : Era Baru Via happiest

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *