Remaja 18 Tahun Tiba-Tiba Meninggal Dunia Ketika Cari Kerja. Al Fatihah.

| January 29, 2018 | 0 Comments

Remaja 18 Tahun Tiba-Tiba Meninggal Dunia Ketika Cari Kerja. Al Fatihah. | Bicara Islam – Tak sangka ajal macam tu. Arwah dan rakannya sedang cari kerja sebelum tiba-tiba dia rebah dan tak bernafas. Baca kisah selanjutnya. Allahu. Al Fatihah.

MENGADU TAK SIHAT

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika sedang mencari kerja di sebuah pusat perniagaan di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata Amiratul Hakimah Ismail dari Kampung Kasau, Batu Kikir dekat sini, bersama seorang rakannya dihantar ke situ oleh ibu serta bapanya pada jam 12.30 tengah hari.

MAHU MUNTAH SELEPAS PITAM

“Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya dia mahu pitam sebelum rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat memberitahu mahu muntah.

“Dia dipapah untuk duduk di kerusi berhampiran sebelum kelihatan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri,” katanya di sini, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, orang ramai menghubungi ambulans namun pegawai perubatan yang tiba kemudian mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber : Berita Harian

TIADA UNSUR JENAYAH

olis mengesahkan gadis yang meninggal dunia di sebuah pasaraya di Bahau tengahari tadi tiada unsur jenayah selain tidak mempunyai rekod penyakit serius.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, gadis berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail beralamat terakhir di Kampung Kasau, Batu Kikir.

“Berdasarkan siasatan awal, gadis itu bersama rakannya ke lokasi untuk mencari pekerjaan dan dihantar oleh ibu bapanya.

“Sementara menunggu, ibu bapanya ke lokasi lain sebelum menjemput kembali anaknya itu. Selepas selesai urusan lebih kurang jam 12.15 tengahari mereka bergerak ke luar pasaraya, namun gadis tersebut rebah.

“Rakannya membawanya duduk di kerusi panjang di hadapan pasaraya berkenaan, namun keadaannya semakin serius sebelum tidak sedarkan diri,” katanya mengesahkan laporan, sebentar tadi.

Muhd Nur Hishamudin berkata, salah seorang pengunjung di pasaraya itu kemudiannya menghubungi ambulans, namun pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan gadis itu telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal, gadis ini tidak mempunyai sebarang rekod perubatan penyakit serius selain hanya mengalami gastrik.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut susulan tiada unsur jenayah dan kes diserahkan kepada Hospital Jempol untuk urusan seterusnya sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *