Disangka Selamat Sbb Langgar Lari, Pemandu MERAUNG Bila Tahu Siapa Individu Yg Dilanggarnya

| April 1, 2018 | 1 Comment

Disangka Selamat Sbb Langgar Lari, Pemandu MERAUNG Bila Tahu Siapa Individu Yg Dilanggarnya | BICARA ISLAM – SEORANG pemandu yang ditangkap oleh polis kerana kes langgar lari terkejut apabila mengetahui bahawa individu yang dilanggarnya adalah isteri dan anak lelakinya sendiri, menurut laporan.

 

 

Pemandu terbabit, Zhang dilaporkan melarikan diri dari tempat berlakunya kemalangan dan tidak menyedari bahawa skuter elektrik yang dilanggarnya adalah milik isterinya.

 

Rakaman polis menunjukkan lelaki itu dibawa semula ke tempat kejadian dan dia dilihat menangis dan meraung.

 

Beberapa saksi yang bergegas untuk memeriksa kemalangan yang berlaku di jalan gelap di Zibo, wiilayah Shandong China Timur melaporkan melihat wanita dan kanak-kanak yang cedera.

 

Mereka menelefon ambulans dan polis selepas insiden itu yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam.

 

Pihak berkuasa segera membawa isteri dan anak Zhang ke sebuah hospital berdekatan, tetapi malangnya anak lelakinya diisytiharkan mati selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.

 

Isterinya masih dalam rawatan intensif, kata polis wilayah Shandong dalam satu kenyataan rasmi.

 

Zhang yang ditangkap pada malam kejadian dan dibawa ke hospital berasa kesal dengan apa yang dilakukan terhadap isteri dan anaknya, menurut laporan.

 

Zhang mendedahkan kepada polis sebelum kejadian dia, isterinya dan anak lelakinya telah pergi ke rumah seorang saudara untuk makan malam pada malam itu.

 

Dia memandu van pulang ke rumah sementara isterinya membawa anaknya menaiki skuter.

 

Dia dilaporkan melanggar kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang. -Mirror

Sumber : MStar

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *