Bapa Panik Ada Yg Aneh Di Kepala Bayinya Ketika Dilahirkan. Namun Tindakan Misi Ini Lebih MENGEJUTKAN

| April 12, 2018 | 0 Comments

Bapa Panik Ada Yg Aneh Di Kepala Bayinya Ketika Dilahirkan. Namun Tindakan Misi Ini Lebih MENGEJUTKAN | BICARA ISLAM – Melihat sesuatu yang aneh sewaktu melahirkan bayi pastinya akan menyebabkan mana-mana ibu bapa risau.

 

Adakah bayi mereka tidak apa-apa? Adakah ‘sesuatu’ itu akan kekal pada bayi sehingga mereka dewasa? Apa pandangan masyarakat jika mereka melihat kejadian ini?

 

Di New York, seorang bapa panik setelah mendapati ada sesuatu yang aneh berada di kepala bayinya ketika dilahirkan. Namun, kebimbangannya itu bertukar menjadi satu persoalan sekali gus membuatkannya terpinga-pinga apabila jururawat memintanya segera mengambil gambar mengenai kejadian ‘aneh’ itu.

 

Menerusi Love What Matters, Rachael Burrow telah kongsikan pengalaman pertama kali dihadapi sewaktu melahirkan anak keduanya, Annabelle pada 21 Februari lalu.

 

“Apabila saya pertama kali melihat gelembung itu, saya keliru. Semasa anak pertama kami dilahirkan pada 17 bulan lalu, kejadian ini tidak berlaku,” kata suami Rachael.

 

Kemudian, jururawat yang berada di tempat kejadian menenangkan suaminya dan menyatakan ini adalah detik yang pastinya tidak mahu dilepaskan!

 

“Cepat ambil gambar, awak pasti tidak mahu melepaskan peluang ini!,” ujar jururawat tersebut.

 

Kredit: astoldbymama_

 

Dalam keadaan yang masih keliru, bapa ini menuruti arahan jururawat berkenaan. Dia mengambil beberapa gambar yang merakamkan detik indah itu dan tidak menyangka gambar tersebut akan gambar kelahiran yang paling epik!

 

Sebenarnya, bayi pasangan ini telah dilahirkan dengan membran yang menyelaputi kepalanya dan peristiwa ini adalah peristiwa yang amat jarang berlaku!

 

Kredit: SWNS TV

 

Rachael kemudiannya mengambil keputusan untuk mengongsikan detik indah itu di akaun Instagram miliknya. Tanpa disangka-sangka, ianya mendapat lambakan respon positif daripada para pengikutnya. Ada yang kagum letika pertama kali mengetahui tentang kelahiran unik itu dan ada juga yang berharap dapat mengalami peristiwa yang sama.

 

Kredit: SWNS TV

 

“Anak perempuan saya yang berusia 13 tahun dilahirkan dengan kantung dan doktor bidan sangat kagum ketika itu. Maisie adalah seorang anak yang sangat istimewa. Berbakat! 1 dalam 80,000 kelahiran yang istimewa,” tulis salah seorang pengikut Rachael.

 

1 daripada 80,000 kelahiran? Ini adalah satu peristiwa yang luar biasa unik! Patutlah ramai ibu bapa berbangga dengan anak-anak ini.

Kredit : Era Baru

Tags: , , ,

Category: Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *