Pelik Minum Kopi Menjadi Bertambah Sakit. Rahsia TERBONGKAR Apabila Mesin Kopi Dibuka

| April 25, 2018 | 0 Comments

Pelik Minum Kopi Menjadi Bertambah Sakit. Rahsia TERBONGKAR Apabila Mesin Kopi Dibuka | BICARA ISLAM – Bagi kebanyakan orang, minuman utama di waktu pagi semasa bersarapan pasti tidak lengkap dengan secawan kopi. Tidak kira ia ditambah gula, susu atau yang pekat dan kuat. Cukup untuk memberi tenaga kepada seseorang itu supaya dia dapat melakukan tugas seharian dengan baik.

 

 

Tetapi bagaimana apabila anda meminum kopi setiap hari, tetapi ia tidak memberi tenaga sebaliknya anda berasa loya dan bertambah sakit hari demi hari?

 

Perkara ini telah berlaku kepada seorang ibu yang berasal dari Michigan bernama Stephanie Brauns, yang telah menderita berasa loya dan tidak sihat yang berlarutan selama enam bulan selepas meminum kopi setiap pagi.

 

Akhirnya, Stephanie telah mengambil keputusan untuk melihat apa yang berada di dalam mesin pembancuh kopinya. Apabila membuka bahagian atas mesin kopi tersebut, apa yang didapati amat meloyakan dan menghantui dirinya.

 

Kredit : Youtube

 

Ibu ini mula menyiasat apa yang tidak kena dan punca dirinya berasa semakin tidak sihat setiap hari, kerana dia tahu ada sesuatu yang tidak kena pada rasa kopi yang diminumnya.

 

Stephanie biasa meminum secawan kopi di rumah, tetapi kemudian merasai terdapat kesan sampingan yang dirasakan buruk tidak lama selepas itu di dalam badannya.

 

Stephanie berkata, “Terasa pelik kerana saya selalu meminum kopi di rumah, selepas dua hingga tiga hirupan, saya mendapat reaksi yang agak teruk.”

 

Kredit : Youtube

 

Selepas beberapa minit meminum kopi pada waktu pagi, Stephanie akan menghadapi kesukaran untuk menghabiskan sarapannya. Selepas keadaan itu telah berlarutan selama enam bulan, Stephanie telah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu.

 

Jadi, Stephanie memulakan dengan memeriksa mesin pembancuh kopinya.

 

Sebaik sahaja Stephanie membuka bahagian atas mesin kopi tersebut dan melihat apa yang berada di dalamnya, dirinya berasa amat terkejut.

 

Kredit : Youtube

 

Apa yang telah didapatinya, bahagian atas mesin kopi ini telah dipenuhi lapisan kalsium yang sudah dibentuk begitu lama dan sudah mengeras, bersama bahan berwarna keperangan yang didapati adalah kulat.

 

Stephanie menjadi begitu terkejut dan berkata, “Ia agak mengerikan, mengerikan itulah reaksi saya.”

 

Selepas mendapat tahu perkara ini yang telah memberi kesan kepada keadaan kesihatannya, Stephanie telah memberi amaran kepada semua yang meminum kopi setiap hari dari mesin kopi, supaya memeriksa dan membersihkan mesin kopi mereka dengan kerap.

 

Kredit : Youtube

 

Mesin kopi yang dimiliki Stephanie tidak memberi apa-apa arahan manual untuk berbuat begitu, jadi selama memilikinya, mesin kopi itu tidak pernah dicuci.

 

Sementara mesin kopi pada hari ini amat mudah dicuci, mesin kopi Stephanie amat sukar dibuka. Katanya, amat mustahil untuk membersihkan mesin kopi ini melainkan dia membukanya satu persatu bahagian dan kemudian baru boleh mencucinya. Jadi, jika begitu dapatkan sahaja mesin kopi baru yang senang dicuci.

 

Jadi, sebagai kesimpulan kepada sesiapa yang meminum kopi dari mesin pembancuh kopi, pastikan anda memeriksa dan mencuci mesin kopi ini secara berkala atau sekerap yang mungkin mengikut masa anda. Jika tidak mahu menerima perkara yang sama seperti Stephanie Brauns.

Lihat video di bawah.

 

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *