Tali Gantung Diri Tiba-Tiba Ghaib Selepas Mayat Wanita Ini Diturunkan Menggemparkan Penduduk

| May 2, 2018 | 0 Comments

Tali Gantung Diri Tiba-Tiba Ghaib Selepas Mayat Wanita Ini Diturunkan Menggemparkan Penduduk | BICARA ISLAM – Borneo: Penduduk kampung Sempit gempar petang semalam apabila tali yang di gunakan oleh ibu rumah tangga “Saidah” untuk membunuh diri tiba-tiba hilang.

Menurut Ibu martua mangsa Saidah meninggal dunia dengan cara tergantung di pokok mangga belakang rumah mereka.

Lebih mengejutkan apabila pisau yang digunakan memotong tali jemuran tersebut juga dikatakan ghaib entah kemana selepas mayat di turunkan.

Atas kejadian itu pihak polis yang datang kelokasi kejadian cuba menyiasat,namun katanya tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana tali dan pisau itu bisa hilang.

Bagaimanapun siasatan kes berkenaan terpaksa di hentikan petang semalam dan akan di lanjutkan semula pagi ini.

Kredit : EBerita

Baca juga artikel ini : Nak Curi Kabel Rupanya….

Malang bagi seorang pencuri apabila bukan sahaja tidak dapat mencuri kabel elektrik, malah cedera melecur terkena renjatan di Perumahan Sentoria, Jalan Pasir Pandak, Santubong, malam tadi.

Kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 10.20 malam selepas melihat seorang lelaki tersangkut pada tiang elektrik.

Suspek yang melecur 80 peratus badannya itu dilihat menjerit meminta pertolongan akibat kesakitan selepas terkena renjatan elektrik.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek memanjat tiang berkenaan untuk memotong kabel elektrik.

Beliau berkata, ketika cuba memotong kabel, tiba-tiba berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan suspek melecur 80 peratus badannya.

“Polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Kuching sebelum anggota polis diarah ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, suspek masih tersangkut pada tiang berkenaan dalam keadaan melecur.

“Anggota bomba dipanggil untuk menurunkannya selepas sambungan elektrik diputuskan juruteknik Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak ( SESCO),” katanya.

Ng berkata, siasatan di lokasi kejadian juga menemui pelbagai peralatan memotong kabel dipercayai digunakan suspek.

Katanya, identiti suspek juga masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

“Suspek kini ditempatkan di zon merah Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut tetapi masih belum dapat bercakap.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam dan Seksyen 511 kanun sama kerana mencuri,” katanya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *