Helikopter Dinaiki Pengantin Terhempas & Terbakar, Tetamu TERKEJUT Majlis Kahwin Diteruskan

| May 6, 2018 | 0 Comments

Helikopter Dinaiki Pengantin Terhempas & Terbakar, Tetamu TERKEJUT Majlis Kahwin Diteruskan | BICARA ISLAM – SEORANG pengantin perempuan terselamat daripada maut apabila helikopter yang dinaikinya terhempas ketika mendarat.

Lebih mengejutkan apabila majlis perkahwinan diteruskan seperti yang dirancang.

Video menunjukkan helikopter berkenaan terbakar selepas terhempas ketika mendarat di sebuah majlis perkahwinan di utara Sao Paulo, Brazil pada Sabtu.

Menurut penyiar Brazil, Globo, empat orang termasuk pengantin dan juruterbang menaiki helikopter ketika kejadian berlaku.

Jabatan bomba memberitahu, semua mangsa kecuali pengantin perempuan mengalami kecederaan ringan.

Seorang tetamu dilaporkan berkata, helikopter tersebut hilang kawalan dan terhempas sejurus sebelum mendarat.

Bagaimanapun, kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum helikopter terbakar.

Pasangan pengantin lelaki dan pengantin perempuan memutuskan untuk meneruskan upacara perkahwinan selepas insiden tersebut. – Mirror UK

Kredit : MStar

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *